Monday, August 19, 2019

Ustaz Abdul Somad dituduh fitnah agama Kristian
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 17 Ogos 2019

Ustaz Abdul Somad
A A
KUPANG - Briged Meo Nusa Tenggara Timur (NTT) membuat laporan polis terhadap penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad berhubung video tentang salib dan patung yang dianggap memfitnah agama Kristian.


"Kami telah melaporkan Ustaz Abdul Somad ke Polis Daerah NTT berhubung ceramahnya yang memburukkan orang Kristian," kata anggota Briged Meo, Jemmy Ndeo kepada Tempo hari ini.

Ceramah Abdul Somad yang tular di media sosial dianggap telah memburukkan orang Kristian dan menurut Jemmy, Abdul Somad harus bertanggungjawab.


"Apa yang dikatakan Ustaz Abdul Somad dalam videonya amat mengganggu masyarakat terutama Kristian.

"Kami melaporkan Ustaz Abdul Somad sebagai individu, ia tidak berkaitan dengan orang Islam," kata Jemmy.

Jemmy turut berharap Ustaz Abdul Somad boleh memberi penjelasan atau memohon maaf berhubung kenyataannya ketika ceramah itu.

"Jika ustaz keliru, maka kami harap ada permohonan maaf dan klarifikasi," katanya.

Tempo masih lagi berusaha mendapatkan pengesahan Abdul Somad berhubung laporan yang dibuat terhadap dirinya. - Tempo




Polis akan menyambung semula proses merakam percakapan Dr Zakir Naik pada Isnin jam 3 petang. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyambung semula proses merakam percakapan penceramah bebas Dr Zakir Naik pada jam 3 petang ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, penceramah terkenal itu akan dipanggil semula berhubung dua kenyataannya yang dipercayai boleh mendatangkan khianat awam di media sosial.

Dr Zakir dalam salah satu ceramahnya mendakwa penganut Hindu di Malaysia tidak menyokong perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya menyokong Perdana Menteri India, Marendra Modi.

Polis juga telah menerima laporan mengenai kenyataan Dr Zakir meminta kaum Cina keluar dari negara ini.

Beliau bagaimanapun mendakwa beberapa kenyataannya telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu.

BACA: Zakir Naik masuk campur isu perkauman - Tun M

BACA: Zakir Naik, Pengerusi Dong Zong, Yew Yin akan dipanggil polis

Menurut Huzir, bagi kedua-dua kes ini, pegawai penyiasat telah mengambil rakaman percakapan Dr Zakir naik pada 16 Ogos 2019 (Jumaat) bermula dari jam 3.30 petang hingga 7.00 malam.

"Prosedur tersebut akan disambung semula pada 19 Ogos 2018 jam 3.00 petang memandangkan pendakwah antarabangsa itu memohon penangguhan untuk berbuka puasa," katanya Huzir dalam kenyataan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas dakwaan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment