Monday, August 19, 2019

Berkaitan dengan Natal, ada sebuah peristiwa yang kerap dikenang masyarakat Indonesia, yaitu munculnya sebuah fatwa dari Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang mengharamkan umat Muslim untuk mengikuti perayaan Natal. Sebabnya tidak lain adalah karena dalam perayaan Natal tersebut ada ritual-ritual peribadatan agama Kristen, dan menghadiri peribadatan agama lain adalah terlarang bagi seorang Muslim.

Ads by
Munculnya wacana perayaan Natal bersama di masa-masa awal Orde Baru memaksa MUI untuk bertindak cepat. Buya Hamka, ulama besar Muhammadiyah yang saat itu menjabat sebagai Ketua Umum MUI, menceritakan secara singkat peristiwa ini dalam artikelnya, Bisakah Suatu Fatwa Dicabut?:

“Maka bertindaklah Komisi Fatwa dari Majelis Ulama Indonesia, salah seorang ketua Al Fadhil H. Syukri Ghazali merumuskan pendapat itu dan dapatlah kesimpulan bahwa turut merayakan Hari Natal adalah Haram! Masih lunak. Karena kalau diperhatikan isi ayat Al-Maidah 51 itu, bukan lagi haram, bahkan kafir.”

Artikel yang dimuat di Majalah Panji Masyarakat tahun 1981 dan kemudian dimuat kembali di Majalah Dakwah pada 2008 ini adalah semacam penjelasan seputar masalah yang kemudian bergulir menjadi besar ini. Buya Hamka sendiri kemudian menjadi bulan-bulanan pemerintah Orde Baru karena Fatwa MUI tersebut dan memilih mundur dari jabatannya ketimbang mengubah fatwa hasil diskusi para ulama.

Dari cuplikan di atas, kita dapat melihat sendiri bahwa pendirian Hamka sesungguhnya bahkan lebih tegas lagi ketimbang kesepakatan Komisi Fatwa MUI. Jika menurut Komisi Fatwa menghadiri perayaan Natal itu haram atau berdosa, maka menurut Hamka, hukum sejatinya adalah murtad. Tentulah setiap Muslim mengerti bedanya haram dengan murtad.

”Soal ucapan selamat memang sedikit berbeda dengan menghadiri perayaan Natal. Ulama mengharamkan kehadiran seorang Muslim dalam perayaan Natal. Tapi, ada ulama yang bolehkan Muslim untuk beri ucapan selamat.”
Setelah Orde Lama memenjarakan Buya Hamka selama dua tahun tanpa peradilan, Orde Baru pun mengabaikan jasa-jasanya dan seolah berusaha menghapus nama beliau dari ingatan masyarakat. Barulah pada 2011 beliau diangkat menjadi Pahlawan Nasional, tiga puluh tahun setelah wafatnya. Sebuah penganugerahan yang sangat terlambat. Agaknya, "luka" menganga akibat fatwa tadi tak kunjung sembuh.

Jika kita bertanya kepada siapa pun yang mengenal Buya Hamka secara pribadi, takkan ada yang menyebut beliau sebagai pribadi yang intoleran. Beliau senantiasa bersikap santun dan pemaaf, termasuk kepada mereka yang pernah menzaliminya sekalipun.

Hal itu diperlihatkannya ketika berinteraksi dengan anak Pramoedya Ananta Toer (sastrawan Lekra yang menjadi lawan politiknya dahulu) dan juga ketika sudi mengimami salat jenazahnya Bung Karno, meski rezim Bung Karno telah menyakitinya sedemikian rupa.

Kisah-kisah ini dituturkan oleh Rusydi Hamka, putra beliau, dalam bukunya, Pribadi dan Martabat Buya Prof. Dr. Hamka, dan oleh Irfan Hamka, putra beliau yang lain, dalam bukunya, Kisah-kisah Abadi Bersama Ayahku Hamka.

Seorang ulama yang menyatakan apa yang haram bagi umat Muslim tentu tidak dapat disebut sebagai figur intoleran atau tidak menghargai keragaman. Demikian pula umat Muslim yang mengikuti pendapatnya tidak layak dianggap intoleran, apalagi radikal.
Ustaz Abdul Somad dituduh fitnah agama Kristian
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 17 Ogos 2019

Ustaz Abdul Somad
A A
KUPANG - Briged Meo Nusa Tenggara Timur (NTT) membuat laporan polis terhadap penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad berhubung video tentang salib dan patung yang dianggap memfitnah agama Kristian.


"Kami telah melaporkan Ustaz Abdul Somad ke Polis Daerah NTT berhubung ceramahnya yang memburukkan orang Kristian," kata anggota Briged Meo, Jemmy Ndeo kepada Tempo hari ini.

Ceramah Abdul Somad yang tular di media sosial dianggap telah memburukkan orang Kristian dan menurut Jemmy, Abdul Somad harus bertanggungjawab.


"Apa yang dikatakan Ustaz Abdul Somad dalam videonya amat mengganggu masyarakat terutama Kristian.

"Kami melaporkan Ustaz Abdul Somad sebagai individu, ia tidak berkaitan dengan orang Islam," kata Jemmy.

Jemmy turut berharap Ustaz Abdul Somad boleh memberi penjelasan atau memohon maaf berhubung kenyataannya ketika ceramah itu.

"Jika ustaz keliru, maka kami harap ada permohonan maaf dan klarifikasi," katanya.

Tempo masih lagi berusaha mendapatkan pengesahan Abdul Somad berhubung laporan yang dibuat terhadap dirinya. - Tempo




Polis akan menyambung semula proses merakam percakapan Dr Zakir Naik pada Isnin jam 3 petang. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyambung semula proses merakam percakapan penceramah bebas Dr Zakir Naik pada jam 3 petang ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, penceramah terkenal itu akan dipanggil semula berhubung dua kenyataannya yang dipercayai boleh mendatangkan khianat awam di media sosial.

Dr Zakir dalam salah satu ceramahnya mendakwa penganut Hindu di Malaysia tidak menyokong perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya menyokong Perdana Menteri India, Marendra Modi.

Polis juga telah menerima laporan mengenai kenyataan Dr Zakir meminta kaum Cina keluar dari negara ini.

Beliau bagaimanapun mendakwa beberapa kenyataannya telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu.

BACA: Zakir Naik masuk campur isu perkauman - Tun M

BACA: Zakir Naik, Pengerusi Dong Zong, Yew Yin akan dipanggil polis

Menurut Huzir, bagi kedua-dua kes ini, pegawai penyiasat telah mengambil rakaman percakapan Dr Zakir naik pada 16 Ogos 2019 (Jumaat) bermula dari jam 3.30 petang hingga 7.00 malam.

"Prosedur tersebut akan disambung semula pada 19 Ogos 2018 jam 3.00 petang memandangkan pendakwah antarabangsa itu memohon penangguhan untuk berbuka puasa," katanya Huzir dalam kenyataan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas dakwaan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Monday, October 1, 2012


Goldman Sachs, Lehman Bros  

AWAL minggu ini, pasaran saham dunia telah dikejutkan dengan berita mengenai sebuah bank pelaburan yang terkenal di Amerika Syarikat (AS) telah didakwa kerana penipuan. Menurut berita yang disebarkan oleh Goldman Sachs yang pernah dibantu oleh kerajaan AS semasa krisis 2008 dengan pinjaman sebanyak AS$10 bilion (RM32 bilion) didakwa menjual produk berasaskan sub-prima kepada para pelabur dan pada waktu yang sama mengetahui produk itu akan jatuh.
Dalam erti kata lain, Goldman Sachs telah memperdayakan pelabur dengan tidak memberikan maklumat yang lengkap. Kontrak-kontrak sub-prima yang dibungkus oleh bank-bank pelaburan telah dijual kepada pelabur institusi di merata dunia menyebabkan krisis kewangan terbesar sejak keruntuhan ekonomi 1929.
Walau bagaimanapun Goldman Sachs memberitahu para pelabur yang mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan berjanji akan mempertahankan diri mereka di mahkamah. Apa yang membimbangkan pasaran saham dunia adalah kemungkinan pengawal selia di Amerika Syarikat iaitu Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) akan mendakwa bank-bank pelaburan lain yang mungkin juga telah melakukan penipuan kepada pelabur.
Cuba kita bayangkan apa yang berlaku. Di sebuah negara yang begitu maju sehinggakan banyak amalan perniagaan di sana ditiru oleh lain-lain negara tidak dapat mengawalselia apa yang berlaku di pasaran. Salah seorang penasihat Presiden Amerika Syarikat sekarang, Larry Summers berkata, bekas presiden Bush telah membantah pengenalan sebarang peraturan dan undang-undang ke atas pasaran kewangan. Dia dan juga Alan Greenspan, Pengerusi Lembaga Rizab Persekutuan tidak percayakan pembabitan kerajaan kerana percaya pasaranlah yang paling wajar untuk menentukan arah aliran ekonomi sesebuah negara.
Banyak yang dapat kita jadikan teladan daripada apa yang berlaku di AS dan Eropah. Eropah kini sedang bergelut dengan masalah kebankrapan Greece, yang tidak silap lagi ada kaitan dengan pakej-pakej sekuriti yang dijaja dari AS oleh bank-bank pelaburan mereka yang ternama serta agensi-agensi penarafan seperti Moodys yang turut sama menyatakan taraf yang terbaik untuk pakej-pakej tersebut. Pendeknya kerajaan jangan campur tangan, biarkan saja pasaran menentukan pergerakan ekonomi. Apabila mereka yang tidak mampu membayar diberikan pinjaman dan bila gagal membayar, maka seluruh struktur sekuriti yang dijaja runtuh. Sekuriti yang dimaksudkan yang dipanggil derivatif yang berasal daripada perkataan derive from atau 'datangnya daripada' sesuatu komoditi atau sekuriti.
Pihak pengawal selia tidak faham sepenuhnya tentang apakah jenis-jenis derivatif yang digubal oleh bank-bank pelaburan ini yang semuanya diberikan taraf tertinggi oleh agensi-agensi penarafan. Bank pertama bungkus - jual kepada bank kedua, bank kedua bungkus - jual kepada bank ketiga dan seterusnya kepada bank dalam negeri dan luar negeri dengan semua percaya benda bagus akan memberi pulangan tinggi. Apabila produk yang digubal berasaskan gabungan yang lemah dan jatuh, kesannya macam domino jatuh. Sebab itulah, bank-bank luar negara seperti di Eropah dan Britain yang membeli pakej-pakej ini turut sama lingkup. Semuanya pasal tamak yang tidak bertepi. Satu dunia sengsara dibuatnya.
Dalam kes Goldman Sachs ini, Warren Buffet, pelabur terkaya di AS sendiri turut mengalami kerugian.
AS belum keluar lagi daripada kemelut ekonominya walaupun ada pihak-pihak yang cepat mengatakan bahawa kemelesetan telah berlalu. Dengan adanya pendakwaan yang terbaru ini terhadap suatu bank pelaburan yang terkenal di sana, maka kita bakal mendengar bank pelaburan mana lagi yang mungkin didakwa. Sementara itu, Britain dan Jerman juga berjanji akan menyiasat pembabitan Goldman Sachs dengan institusi-institusi mereka. Kalau penyiasatan ini membongkar lagi, maka amalan mengelirukan para pelabur bukan saja di kalangan Goldman Sachs, malah banyak lagi bank-bank lain. Justeru, kita akan berhadapan dengan satu lagi pusingan kemelesetan dan jajarannya akan dirasai di seluruh dunia.
Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, begitu marah dan mengatakan apa yang dilakukan oleh Goldman Sachs ialah suatu 'kebankrapan moral'. Pihak berkuasa Perkhidmatan Kewangan di Britain akan melancarkan penyiasatan ke atas bank pelaburan itu.
Pada waktu yang sama, laporan 2200 muka surat tentang kemuflisan Lehman Brothers, bank pelaburan berumur 150 tahun yang jatuh muflis pada September 2008 lalu yang disediakan oleh penyiasat Lehman, Anton R. Valukas mendapati bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS tahu akan amalan-amalan yang salah yang dilakukan oleh Lehman tetapi 'hanya mengumpul maklumat dan membiarkan saja'. Dalam temu bual penyiasat ini dengan pengerusi pengawal selia tersebut, pengerusi pada masa itu, Christopher Cox menyatakan bahawa mereka bukan pengawal selia Lehman. Pada waktu Lehman bankrap, asetnya bernilai AS$639 bilion (RM2 trilion) dan mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk menyelesaikan hutang piutangnya. Ada yang akan dapat sekecil AS14.70 (RM47.04) bagi setiap Dolar sebagai bayaran. Bila sudah lingkup begitu, pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak akan mengaku bertanggungjawab.
Pada 20 April lalu, ketua pegawai eksekutif Lehman, Richard Fuld terpaksa berdepan dengan panel kongres Amerika yang menyiasat tentang kejatuhan Lehman.
Tidak hairan kalau siasatan tersebut mendapati ramai lagi bank pelaburan lain menggunakan helah akaun yang sama seperti Lehman. Walau bagaimanapun setiap kegagalan akan disiasat ke akar umbi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz283f1Q9cS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Skandal Enron


1.               PROFIL ENRON CORPORATION


           Enron Corporation merupakan syarikat Tenaga Amerika yang berpusat di Houston, Texas. Enron menggaji sekitar 21,000 pekerja dan merupakan salah satu syarikat terkemuka di dunia yang menerajui industri elektrik, gas asli, kertas dan komunikasi dengan pendapatan USD 111 Billion pada tahun 2000. Fortune mengangkat Enron Corporation sebagai ‘ Syarikat Amerika Paling Inovatif ’ selama 6 tahun berturut-turut bermula pada tahun1996 sehingga 2001. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1985 diasaskan oleh Kenneth Lay setelah Houston Natural Gasbergabung dengan InterNorth. Selepas beberapa tahun berkembang  secara domestik dan antarabangsa, Enron terlibat dengan hutang yang bernilai berbillion dolar oleh kerana transaksi dan kontrak yang rumit. Semua hutang disembunyikan dari pengetahuan pemegang saham melalui penipuan perakaunan, pinjaman haram dan perkongsian dengan syarikat lain yang dirancang yang dikenali sebagai skandal Enron. Skandal itu juga mewujudkan banyak persoalan tentang amalan perakaunan dan kegiatan kebanyakan syarikat di Amerika Syarikat dan merupakan faktor dalam penciptaan undang-undang Sarbanes-Oxley. Skandal ini juga penyebab kepada pembubaran syarikat perakaunan besar Arthur Andersen.


2.                  SEBAB-SEBAB KEJATUHAN ENRON

2.1        Perakaunan  Mark to Market

Perakaunan mark to market merupakan amalan perakaunan dimana anggaran keuntungan masa depan dari setiap perjanjian direkodkan pada nilai pasaran semasa bukan pada nilai masa depan atau nilai sejarah
Dalam perniagaan Gas Asli Enron, perakaunan adalah cukup jelas dalam setiap tempoh masa, syarikat mencatatkan kos sebenar dan hasil sebenar dari jualan yang dilakukan. Setelah Skilling memasuki Enron, dia meminta Enron mengaplikasikan perakaunan Mark to Market dengan alasan bahawa perakaunan ini akan menggambarkan nilai ekonomi yang sebenar. Perakaunan Mark to Market menggariskan apabila kontrak jangka panjang ditandatangani, pendapatan dianggarkan pada nilai semasa bukan nilai pada masa hadapan.
Selalunya, kelangsungan kontrak dan kos-kos yang yang berkaitan sukar untuk dinilai oleh kerana perbezaan yang besar dan percubaan untuk menyamakan tunai dan keuntungan yang diperolehi, pelabur biasanya akan diberi laporan palsu. Apabila menggunakan kaedah ini, pendapatan dari pelbagai projek boleh direkodkan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan kewangan. Namun pada tahun berikutnya, keuntungan tidak boleh dimasukkan dan pendapatan tambahan perlu diperolehi dari lebih banyak projek untuk membangunkan pertumbuhan kewangan bagi meyakinkan pelabur. Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat meluluskan kaedah ini untuk kontrak perniagaan Gas Asli Enron yang seterusnya bertarikh 30 Januari 1992, namun Enron kemudiannya memperluas kaedah ini dalam syarikatnya bagi memenuhi unjuran Wall Street.
Dalam satu kontrak pada Julai 2000, Enron menandatangani kontrak selama 20 tahun bersama Blockbuster Video untuk memberikan hiburan atas permintaan kepada bebeprapa Bandar di Amerika syarikat. Setelah beberapa projek perintis, Enron mengenalpasti keuntungan dianggarkan melebihi 11 juta dolar Amerika dari perjanjian itu walaupun penganalisis mempersoalkan kelayakan teknikal dan permintaan pasaran terhadap perkhidmatan itu. Ketika rangkaai gagal berfungsi, Blocbuster Videoo menarik diri dari kontrak dan oleh kerana Enron mengamalkan perakaunan Mark to Market, Enron terpaksa mengakui keuntungan masa depan walau hakikatnya perjanjian itu mengakibatkan kerugian.

2.2        Entiti Tujuan Khas ( Special Purpose Entities )

Entiti Tujuan Khas bermaksud syarikat atau perkongsian terhad dicipta bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu untuk membiayai atau menguruskan risiko yang berkaitan dengan aset-aset tertentu. Syarikat memilih untuk mendedahkan  butiran minimum untuk kegunaan Entiti Tujuan Khas. Syarikat ini dicipta oleh penaja tetapi dananya dibiayai oleh pelabur ekuiti bebas dan pemiutang.  Untuk tujuan laporan kewangan,syarat menyatakan Entiti Tujuan Khas adalah berasingan daripada pembiaya. Pada tahun 2001, Enron telah menggunakan ratusan Entiti Tujuan Khas untuk menyembunyikan hutangnya. Entiti Tujuan Khas digunakan lebih dari sekadar mengelakkan konvesyen perakaunan. Hasil daripada kesalahan itu, dalam Kunci Kira-Kira Enron, ekuiti direkod lebih banyak dan tanggungan direkod lebih sedikit berbanding nilai yang sebenar menjadikan keuntungan Enron kelihatan sangat tinggi.

2.2.1        JEDI dan Chewco

Dalam tahun1193, Enron melancarkankan usahasama dalam pelaburan tenaga bersama CalPERS, ( Dana Pencen California ) dan usahasama itu digelar Joint Energy Development Investments (JEDI).  Pada tahun1997, Skilling yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi ( COO) meminta CalPERS untuk menyertai Enron dalam pelaburan yang berasingan. CalPERS bersetuju tetapi dengan syarat hanya jika CalPERS boleh dikeluarkan dari usahasamanya dalam JEDI. Walaubagaimanapun, Enron tidak mahu menunjukkan sebarang hutang di atas pengambil alihan CalPERS. Fastow membangunkan Entiti Tujuan Khas, Chewco untuk meningkatkan jaminan terhadap hutangnya dan juga untuk  mendapatkan kepentingan usahasama dengan CalPERS pada nilai $383 juta dolar.


2.3        Perakuan Pendapatan ( Revenue Recognition)

Perakuan pendapatan adalah satu prinsip akaun dimana keuntungan direkod pada ketika perkhidmatan diberikan atau barang dijual bukan pada ketika tunai diterima. Enron dan syarikat pembekal tenaga lain mendapat keuntungan melalui perkhidmatan seperti perdagangan borong dan pengurusan risiko disamping membina dan memelihara penjana tenaga elektrik, rangkaian paip gas asli, gudang simpanan dan kemudahan pemprosesan. Ketika mengambil risiko membeli dan menjual produk, peniaga dibenarkan untuk merekodkan harga jualan sebagai hasil manakala kos produk sebagai kos barang dijual. Sementara agen pula menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan tetapi tidak mengambil risiko sama seperti peniaga dimana agen dibolehkan merekod kos perdagangan dan broker sebagai hasil walaupun nilai yang direkod bukan nilai penuh dalam sesuatu transaksi.
Seperti syarikat Goldman Sachs dan Merrill Lynch yang menggunakan model agen untuk melaporkan pendapatan syarikatnya dimana hanya perdagangan dan yuran broker akan direkodkan sebagai hasil, Enron juga turut terpilih untuk menggunakan model agen ini. Enron dibenarkan merekod nilai dagangan sebagai hasil dan pendapatan perdagangan Enron meningkat. Antar tahun 1996 hingga 2000, pendapatan Enron meningkat lebih dari 750% nak meningkat dari 13.3 bilion dolar pada 1996 kepada 100.8 bilion dolar pada tahun 2000. Dalam 9 bulan pertama pada tahun 2001, Enron mencatat keuntungan sebanyak 138.7 bilion dolar. Hasil dari keuntungan tersebut, Enron diiktiraf oleh Majalah Fortune sebagai Syarikat paling Inovatif. Sedangkan pada hakikatnya, Enron tidak mempunyai keuntungan sebanyak itu oleh kerana amalan perakaunan yang diamalkannya. Walaupun didalam laporan kewangan Enron kelihatan sangat menguntungkan, sebaliknya tunai yang diterima tidak berpadanan dengan barang atau perkhidmatan yang diberikan.





3.            AMALAN PERAKAUNAN ENRON CORPORATION

Hasil dari konsep-konsep perakaunan yang diguna pakai dan strategi yang tidak berjaya menyebabkan Enron mengalami kerugian yang sangat teruk. Oeh kerana, pemilikan memberi hak kebebasan penuh kepada pihak pengurusan dalam mengendalikan matawang membolehkan syarikat menyembunyikan kerugian dari pengetahuan pemilik dan pemegang saham. Laporan kewangan Enron kelihatan menguntungkan sebaliknya Enron sedang mengalami kerugian. Di setiap suku tahun, pegawai syarikat harus melakukan penipuan dalam penyediaan laporan kewangan untuk mencipta ilusi keuntungan berbilion dolar.
Amalan perakaunan ini meningkatkan harga saham Enron ke tahap yang baru. Pada ketika itu, para eksekutif Enron terpaksa bekerja mengikut maklumat kewangan dalaman yang dicipta. Para eksekutif serta pekerja dalaman syarikat tahu tentang akaun luar negeri yang dicipta dan disembunyikan daripada pengetahuan pelabur. Ketua Pegawai Kewangan, Andrew Fastow mengetuai pasukan yang mencipta akaun palsu ini dan memanipulasi perjanjian yang menjamin dirinya, keluarga serta teman-temannya pendapatan ratusan dolar dengan mengorbankan syarikat dan pemegang saham Enron Corporation


4.               PIHAK-PIHAK TERLIBAT

4.1      Kenneth Lee Lay

           Kenneth Lee Lay merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  Enron Corporation sejak tahun 1985 sehingga 23 Januari 2002 kecuali beberapa bulan dalam tahun 2001 dimana Jeffrey Skilling memegang jawatan itu. Pada tarikh 7 Julai 2004, Kenneth Lay didakwa oleh juri di Houston, Texas berhubung penglibatannya dalam keruntuhan Enron. Kenneth Lay didakwa atas 11 pertuduhan antaranya membuat kenyataan palsu, penipuan sijil saham, pengubahan wang haram, dan konspirasi dalam dokumen dakwaan 65 helaian. Walaubagaimanapun hakim menolak pertuduhan yang ke 11 menjadikan Kenneth Lay didakwa dengan 10 pertuduhan. Setiap satu pertuduhan membawa hukuman penjara antara 5 hingga 10 tahun. Pada tarikh 25 Mei 2006, Kenneth Lay didapati bersalah atas 6 pertuduhan bagi kesalahan menipu dan membuat kenyataan palsu. Kenneth Lay mungkin menerima hukuman selama 45 tahun, walaubagaimanapun beliau meninggal 3 bulan sebelum hukuman dijatuhkan.


4.2        Jeffrey Keith Skilling

Jeffrey Keith Skilling atau lebih dikenali sebagai Jeff Skilling dilahirkan pada 25 November 1953 dan merupakan mantan CEO Enron Corporation. Skilling mula bekerja untuk Enron pada tahun 1987 dan membantu syarikat dalam memajukan pasaran gas asli. Skilling telah membuatkan Kenneth Lay kagum terhadap kemampuannya sebagai perunding. Berikutan itu, Lay melantik Skilling sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Enron Finance Corporation pada tahun 1990 dan menjadi Pengerusi Enron Gas Services Co. pada tahun 1991.
Dengan menggalakkan strategi pelaburan agresif, beliau membantu menjadikan Enron pemborong perniagaan elektrik dan gas terbesar. Susulan itu, pada Februari 2001, skilling dilantik mmenjadi CEO dengan pendapatan sebanyak US Dolar 132 juta setahun. Dibawah Skilling, Enron melaksanakan perakaunan Mark to Market dimana anggaran keuntungan masa depan dari setiap perjanjian direkodkan pada nilai pasaran semasa bukan pada nilai masa depan atau nilai sejarah. . Secara tiba-tiba pada Ogos 2001, Skilling meletakkan jawatan atas sebab-sebab peribadi dan merancang untuk menjual sebilangan besar sahamnya. Kenneth Lay kemudiannya mengambil semula tugas sebagai CEO.
Skilling didakwa atas 35 pertuduhan atas kejatuhan syarikat Enron. Beliau menyerah diri kepada Biro Siasatan Persekutuan ( Federal Bureau of Investigation ) pada 19 Februari 2004 dan mengaku tidak bersalah dalam semua pertuduhan. Pertuduhan tersebut adalah tentang pengetahuan beliau tentang skandal Enron, penglibatan secara langsung dan juga konspirasi terhadap penipuan syarikat Enron. Sekitar satu bulan setelah meletak jawatan dari Enron, Skilling menjual 60 juta saham miliknya dan mendakwa dirinya berbuat demikian kerana mendengar khabar mengenai Enron bakal bankrup.

 Pada tahun 2006, Jeffrey Skilling dijatuhkan hukuman terhadap 4 pertuduhan iaitu membuat kenyataan palsu, konspirasi,penipuan sijil saham dan insider trading ( kesalahan membeli atau menjual saham berdasarkan maklumat yang belum direrbitkan atau sulit). Manakala, beliau didapati tidak bersalah atas 9 pertuduhan insider trading yang lain. Pada 23 Oktober 2006  Skilling dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan 4 bulan serta denda sebanyak 45 bilion  dolar.


4.3        Andrew Stuart Fastow

Andrew Stuart Fastow dilahirkan pada 22 Disember 1961 merupakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Enron Corporation. Fastow mencipta laman web syarikat yang kompleks dimana syarikat ini tidak wujud sama sekali. Syarikat tersebut kemudiaannya menjalankan urusniaga palsu dengan Enron Corporation bertujuan untuk meningkatkan wang syarikat serta menyembunyikan kerugian yang dialami melalui Kunci Kira-Kira suku tahunannya dan kelihatan seperti Enron bebas dari hutang.
Andrew Fastow mempunyai kepentingan  kewangan peribadi samada secara langsung atau melalui rakan kongsi. Andrew Fastow menghasilkan puluhan juta dolar dengan mengabaikan amalan asas perakaunan seperti melaporkan tunai di tangan dan jumlah tanggungan. Fastow turut memberi tekanan kepada beberapa bank pelaburan yang besar di Amerika Syarikat seperti Merrill Lynch dan Citibank untuk melabur dalam dananya dengan mengancam bank-bank pelaburan akan kehilangan perniagaan masa depan dengan Enron Corporation jika mereka tidak berbuat demikian. Fastow juga turut mengancam  untuk memecat penganalisa syarikatnya jika berani bertindak untuk membocorkan kedudukan kewangan Enron yang negatif.
 Pada 31 Oktober 2002, Andrew Fastow diatas 78 pertuduhan termasuk penipuan, pengubahan wang secara haram dan konspirasi. Pada 14 Januari 2004, Fastow mengaku bersalah atas dua tuduhan dan dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun. Fastow juga bersetuju untuk menjadi informan dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan ketika pendakwaan bekas-bekas eksekutif Enron yang lain bagi tujuan mengurangkan hukumannya.


4.4        Arthur Andersen

Arthur Andersen, yang berpusat di Chicago merupakan salah sebuah daripada 5 syarikat perakaunan yang besar juga dikenali sebagai The Big Five selain daripada PricewaterhouseCooper, ToucheTohmatsu, Ernst & Young dan KPMG. Syarikat perakaunan ini menyediakan perkhidmatan perundingan, audit dan cukai kepada syarikat-syarikat besar.. Arthur Andersen didakwa bersalah atas tuduhan menghalang keadilan dengan memusnahkan ribuan dokumen serta memadam email dan fail syarikat milik Enron yang diperlukan bagi tujuan audit. Mahkamah tidak membenarkan menerima audit dari pesalah yang dihukum. Pada tahun 2002, Arthur Andersen menyerahkan lesennya sebagai Syarikat Akauntan Awam selepas didapati bersalah atas tuntutan jenayah yang melibatkan Enron Corporation dan 85, 000 orang hilang pekerjaan. Kemudiaannya Mahkamah Agung US ( Supreme Court) menarik balik  perintah larangan mengaudit oleh kerana Arthur Andersen tidak diadili dengan sewajarnya dan Arthur Andersen kembali bebas menjalankan operasi. Walaupun Arthur Andersen masih wujud sehingga kini, namun reputasi syarikatnya terjejas teruk ekoran daripada skandal Enron

5.            Kronologi Kes

1985
Houston natural Gas bergabung dengan Internorth membentuk Enron Corporation dan Ketua Pegawai Eksekutif( CEO ) Houston Natural Gas menjadi CEO bagi syarikat gabungan tersebut.

1989
Enron memulakan perdagangan komoditi gas asli

1990
Kenneth Lay melantik Jeffrey Skilling dalam memimpin usaha syarikat untuk fokus pada komoditi perdagangan di pasaran terselaras. Kemudiaanya Skilling mengupah Andrew Fastow bekerja didalam Enron.

1991
Arthur Andersen menyertai Enron Corporation sebagai pembantu kawalan.

1997
Skilling dilantik sebagai presiden dan Ketua Operasi Enron. Andrew Fastow mencipta entiti tujuan khas Chewco dan bekerjasama membeli University of California dan dana pencen California yang digelar sebagai Joint Energy Development Investments ( JEDI ). Namun, Chewco tidak menepati syarat yang ditetapkan untuk direkod di dalam kunci kira-kira Enron. Keadaan ini merupakan langkah pertama kepada kejatuhan dan skandal Enron.

1998
Andrew Fastow dilantik menjadi Ketua Kewangan Enron

1999
Fastow mencipta Lea Jeffrey Michael (LJM )  . LJM diluluskan untuk membeli aset berprestasi buruk dan melindungi pelaburan berisiko Enron. Ini membantu syarikat menyembunyikan hutang syarikat. Pengarah Enron menyetujui rancangan Fastow untuk dia menjalankan kerjasama perkongsian yang berurusan dengan Enron dan sekaligus memegang jawatan Ketua Kewangan. Ketua Pegawai Risiko, Rick Beli ditugaskan untuk memantau transaksi tersebut untuk melindungi kepentingan Enron Corporation.

2000
Ogos
Saham Enron melonjak kepada 90 dolar seunit

Disember
Enron mengumumkan bahawa Skilling akan menggantikan tempat Lay sebagai CEO bermula Februari 2001 dan Lay kekal sebagai Presiden

2001
14 Ogos
Skilling meletak jawatan  sebagai CEO dan Lay kembali memegang jawatan itu

22 Ogos
Eksekutif Kewangan, Sherron Watkins bertemu secara peribadi dengan Kenneth Lay untuk berbincang mengenai masalah kewangan Enron yang boleh memusnahkan syarikat


16 Oktober
Enron mengumumkan 638 juta dolar kerugian pada suku ketiga dan penurunan 1.2 bilion dolar ekuiti pemegang saham

19 Oktober
Securities and Exchange Commisionn ( SEC) melancarkan penyelidikan keatas bahagian kewangan Enron

22 Oktober

Enron mengiktiraf penyelidikan SEC tentang konflik kepentingan yang mungkin berkaitan dengan syarikat kerjasama Fastow. Lay bersetuju memberi kerjasama dan menanti saat yang menjadi kebimbangan Enron terhadap transaksi itu berakhir.

8 November
Enron memfailkan dokumen kepada SEC untuk menyemak semula laporan kewangan bagi tempoh 5 tahun terdahulu yang menyebabkan kerugian 586 juta dolar

9 November
Dynegy mengumumkan perjanjiannya untuk membeli saham Enron pada nilai  8 bilion

19 November
Enron menyatakan kembali pendapatannya pada suku ketiga dan menyatakan jumlah hutangnya adalah sebanyak 690 juta dolar.

28 November
Saham Enron menjunam kepada kurang daripada 1 dolar dan Dynegy membatalkan rancangan untuk membeli bekas pesaingnya itu.

2 Disember
Enron diisytiharkan muflis dan ribuan pekerja diberhentikan
                                                                                                      

2002
9 Januari
 Jabatan Kehakiman memulakan siasatan jenayah ke atas Enron


10 Januari
Rumah Putih ( White House ) mendedahkan Lay ada mendapatkan bantuan daripada    2 anggota cabinet sebelum Enron musnah tetapi tiada bantuan yang diberi. Auditor syarikat Arthur Andersen menyatakan telah menghapus dokumen Enron.

23 Januari
Kenneth Lay mengundurkan diri menjadi pengerusi dan meletak jawatan sebagai CEO.

4 Februari
Kenneth Lay mengundurkan diri dari lembaga pengarah

7 Februari
Skilling dan Fastow muncul di Kongres bersama peguam Enron Jordan Mintz untuk menuntuk hak Pindaan Kelima (Fifth Amendment )

14 Mac
Bekas Juruaudit Enron, Arthur Andersen didakwa atas kesalahan menghalang penyiasatan dengan menghancurkan dokumen Enron

9 April
David Duncan, bekas juruaudit Arhur Anderson mengaku bersalah mengarahkan  pekerjanya untuk menghancurkan dokumen-dokumen milik Enron.

15 Jun 
Arthur Andersen dihukum.

16 Oktober
Arthur Anderson dijatuhi hukuman denda sebanyak $ 500, 000 dolar dan syarikat telah diharamkan untuk menjalankan aktiviti pengauditan. Hanya beberapa pekerja sahaja masih tinggal

31 Oktober
Fastow didakwa atas 78 pertuduhan konspirasi, penipuan pengubahan wang haram, dan lain-lain tuduhan.



26 November
Bekas eksekutif, Larry Lawyer mengaku bersalah atas kesalahan mengajukan borang cukai palsu untuk tidak melaporkan pendapatan $80, 000 dolar yang diberi  oleh Fastow.


2003
4 Februari
Bekas pedagang Enron, Jeffrey Richter mengaku bersalah kerana berbohong kepada FBI untuk membantu memanipulasi pasaran tenaga California

12 Mac
Membuka fail dakwaan terhadap dua bekas eksekutif  kewangan dan perakaunan Enron Broadband, Kevin Howard dan Michael Krautz atas tuduhan memalsukan keuntungan $111 juta dari kerjasama Enron dan Blockbuster Video

30 Oktober
David Delainey, bekas eksekutif unit perdagangan Enron mengaku bersalah atas tuduhan insider trading, dan memanipulasi pendapatan syarikat

2004
14 Januari
Andrew Fastow mengaku bersalah atas dua tuduhan konspirasi dan dihukum 10 tahun penjara

8 Julai 
Lay menyerah diri kepada FBI. Dakwaan terhadapnya dibuka. Lay dituduh terlibat dalam konspirasi untuk memanipulasi hasil kewangan Enron, membuat kenyataan palsu dan mengelirukan orang awam tentang prestasi syarikat serta menghilangkan fakta-fakta yang  diperlukan untuk membuat laporan kewangan yang tepat

30 Julai
Bekas CEO Enron Broadband, Kenneth Rice mengaku bersalah atas penipuan yang membabitkan $13.7 juta termasuk tunai, perhiasan dan kereta


5 Ogos
Bekas pedagang Enron, John Forney mengaku bersalah di San Fransisco kerana memanipulasi harga tenaga semasa krisis kuasa di California pada tahun 2000 hingga 2001.

25 Ogos
Bekas ketua perhubungan pelabur Enron, Mark Koenig mengaku bersalah atas tuduhan membantu dan bersubahat dalam penipuan dan pemalsuan laporan kewangan

31 Ogos
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif( COO ) Enron Broadband Kevon Hannon mengaku bersalah atas satu dakwaan konspirasi

20 September
perbicaraan ke atas empat bekas eksekutif Merrill Lynch dan dua bekas eksekutif Enron bermula atas tuduhan penipuan dan konspirasi

2005
31 Mei
Mahkamah Agung Amerika syarikat ( Supreme Court ) memberi hak pengauditan semula kepada Arthur Andersen oleh kerana juri tidak berhak menjatuhkan hukuman tanpa membuktikan Arthur Andersen mempunyai niat jenayah melalui penghapusan dokumen Enron

15 Julai
Bekas eksekutif perakaunan Enron mengaku bersalah atas konspirasi untuk menyertai satu skim yang mengenalpasti keuntungan sebelum waktunya

20 Julai
Juri membebaskan tiga daripada lima defendan dalam perbicaraan kes Enron Broadband  bagi beberapa pertuduhan tetapi buntu  dalam mencari penyelesaian kepada 164 pertuduhan lain.

2006
25 Mei
 Kenneth Lay didapati bersalah atas 6 pertuduhan bagi kesalahan menipu dan membuat kenyataan palsu

5 Julai
Kenneth Lay meninggal dunia sebelum hukuman dijatuhkan kepadanya.

23 Oktober
Skilling dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan 4 bulan serta denda sebanyak 45 bilion US Dolar.





6.            Kesimpulan 

Kesan dari skandal ini, Enron Corporation telah dibubarkan dan diorganisasi semula menjadi Enron Creditors Recovery Corporation pada November 2004. Misi Enron Creditors Recovery Corporation adalah mengorganisasi semula dan mencairkan operasi  dan asset tertentu untuk kepentingan pemiutangnya.
Selain itu, skandal ini juga menyebabkan wujudnya satu akta yang digelar Sarbanes-Oxley Act 2002 yang digubal pada 30 Julai 2002. Akta ini juga dikenali sebagai Public Company Accounting Reform and Investor Protection Act' atau  Reformasi Syarikat Perakaunan Awam dan Undang-Undang Perlindungan Pelabur. Akta ini dinamakan sempena  Senator Amerika Syarikat, Paul Sarbanes dan Perwakilan Amerika Syarikat Michael G. Oxley. Akta ini bertujuan untuk menetapkan piawaian atau dan meningkatkan piawai lembaga, pengurusan syarikat awam dan syarikat perakaunan awam.